Friday, 31 July 2015

KEHIDUPAN

KEHIDUPAN
Hidup ini perlu pengorbanan
Bagai lilin yang mencair
hingga ia terpadam
Lalu esok lusa
belum tentu lilin akan terpasang kembali
mencair lagi sampai mati
Hidup ini penuh dugaan
Cabaran memperkuatkan kita
kepada kehidupan dan ketabahan
menari di atas tikar kehidupan
berlari atas nasib diri
Yang kaya sudah tertulis
Yang miskin tiada apa
Yang melarat tiada kuasa apa
untuk ubah nasib melakar takdirnya
Hidup penuh warna-warni
Warna pelangi , warna kelam dan warna gelap
Kita yang ditakdirkan atas warna-warna itu
Walau seribu daya pergi ke arah pelangi
Namun matahari datang
pelangi pergi
sekelip mata
Norlela,Johar 1092014

BUIH YANG PECAH

Buih-buih itu sudah pecah , 
Berselerakan tanpa jelas
Satu satu metetus ke udara
tanpa bunyi
mau pun suara
hanya sepi
pecah
satu
satu
dan seterusnya
Dan bagi anak-anak kecil
itu aroma hiburan
tapi bagiku itu
satu renungan.

LAKARAN

Lukisan itu sudah terlakar indah
Tapi sayang warnanya bercatu
dan berbaur menjadi satu
bagaimana harus
untuk buang sayang
untuk kuhias di dinding
amat buruk rupanya
dan perlukah
kurenyukkan jua ???
entahlah
semuanya
tidak lagi menjadi pasti

AKU

Aku ingin mejadi aku
tidak bolih menyamar rupa
dan aku tetap aku
biar pun ada suara
pelbagai rupa
yang datang
untuk merubah rupa

KACA DAN DURI

Kaca dan Duri
Di tengah jalan
laluan itu kupintas
kerna kakiku 
tercucuk duri
Tapi di hujung jalan
tidak dapat kuelakkan lagi
ada kaca mencucuk
tapak kaki
Walau darah tak berhenti
Kukuatkan hati
mecabut kaca yang tertusuk itu
Aduh sakitnya
aku sendiri yang rasai
walau luka separah mana
aku jua yang mebaluti
luka itu
biar parah
kutunggu untuk pulih
walau berbulan
asalkan ia tidak bernanah
sudahlah
aku pasrah
Norlela Johar

ADAKALANYA



ADAKALANYA
Ada kalanya aku sudah
bosan untuk menulis
Adakalanya mau saja
berhenti dari menulis
Tapi aku cintai
tulisan
aku cintai puisi
dan sampai bila-bila
aku tak bolih berhenti menulis
Cuma adakalanya
mungkin aku terbuai dengan tulisan
dan adakalanya aku sedih
dengan tulisanku
sendiri
Ada air mata tumpah
menghasil tulisan
Dan adakala
tulisan tersalah tafsiran
Hanya yang memahami
bisa mengerti
Kenapa
dan
mengapa
Aku tetap menulis lagi
Untuk kepuasan
sendiri
Norlela Johar

TIDAK SELAMANYA

TIDAK SELAMANYA
Tidak selamanya ku intip pelangi
biar percikan warnanya
terpecah seribu