Friday, 31 July 2015

PUISI UNTUK SASHA

Untuk Shasha
Tahniah kerana dapat masuk ke Tingkatan Enam
Teruskan usaha hingga jaya
Jangan lemahkan semangat yang sedia ada
Perjalanan kamu masih panjang
Hidup ini tidak semanis
Yang kamu sangkakan
Akan ada jalan berliku yang
akan kamu lalui
Hanya bekalan ilmu
Rohani dan jasmani
Serta ilmu segulung Ijazah
yang kamu harus hadiahkan
buat abah dan ibumu
begitu juga harapan
dari Mak Long
Cinta itu masih jauh lagi
Yang perlu ialah
Perjuangan belajar
Ingatlah pesanan ikhlas ini
Sayang
Mak Long Norlela

No comments:

Post a Comment