Friday, 31 July 2015



MEMORI
Ku simpankan segala memori
Dalam lipatan umurku
Dari anak-anak ke renta
Tiap memori itu
ada harganya
biarpun duka
yang indah
inginku untaikan menjadi
seutas kalungan mutiara
kerna memoriku
adalah aku
yang memahaminya
tiada sesiapa
tiada sesiapa
akan memahami
memori
sesiapa
LELA
25 Julai 2015

No comments:

Post a Comment