Friday, 31 July 2015

KEHIDUPAN

KEHIDUPAN
Hidup ini perlu pengorbanan
Bagai lilin yang mencair
hingga ia terpadam
Lalu esok lusa
belum tentu lilin akan terpasang kembali
mencair lagi sampai mati
Hidup ini penuh dugaan
Cabaran memperkuatkan kita
kepada kehidupan dan ketabahan
menari di atas tikar kehidupan
berlari atas nasib diri
Yang kaya sudah tertulis
Yang miskin tiada apa
Yang melarat tiada kuasa apa
untuk ubah nasib melakar takdirnya
Hidup penuh warna-warni
Warna pelangi , warna kelam dan warna gelap
Kita yang ditakdirkan atas warna-warna itu
Walau seribu daya pergi ke arah pelangi
Namun matahari datang
pelangi pergi
sekelip mata
Norlela,Johar 1092014

BUIH YANG PECAH

Buih-buih itu sudah pecah , 
Berselerakan tanpa jelas
Satu satu metetus ke udara
tanpa bunyi
mau pun suara
hanya sepi
pecah
satu
satu
dan seterusnya
Dan bagi anak-anak kecil
itu aroma hiburan
tapi bagiku itu
satu renungan.

LAKARAN

Lukisan itu sudah terlakar indah
Tapi sayang warnanya bercatu
dan berbaur menjadi satu
bagaimana harus
untuk buang sayang
untuk kuhias di dinding
amat buruk rupanya
dan perlukah
kurenyukkan jua ???
entahlah
semuanya
tidak lagi menjadi pasti

AKU

Aku ingin mejadi aku
tidak bolih menyamar rupa
dan aku tetap aku
biar pun ada suara
pelbagai rupa
yang datang
untuk merubah rupa

KACA DAN DURI

Kaca dan Duri
Di tengah jalan
laluan itu kupintas
kerna kakiku 
tercucuk duri
Tapi di hujung jalan
tidak dapat kuelakkan lagi
ada kaca mencucuk
tapak kaki
Walau darah tak berhenti
Kukuatkan hati
mecabut kaca yang tertusuk itu
Aduh sakitnya
aku sendiri yang rasai
walau luka separah mana
aku jua yang mebaluti
luka itu
biar parah
kutunggu untuk pulih
walau berbulan
asalkan ia tidak bernanah
sudahlah
aku pasrah
Norlela Johar

ADAKALANYA



ADAKALANYA
Ada kalanya aku sudah
bosan untuk menulis
Adakalanya mau saja
berhenti dari menulis
Tapi aku cintai
tulisan
aku cintai puisi
dan sampai bila-bila
aku tak bolih berhenti menulis
Cuma adakalanya
mungkin aku terbuai dengan tulisan
dan adakalanya aku sedih
dengan tulisanku
sendiri
Ada air mata tumpah
menghasil tulisan
Dan adakala
tulisan tersalah tafsiran
Hanya yang memahami
bisa mengerti
Kenapa
dan
mengapa
Aku tetap menulis lagi
Untuk kepuasan
sendiri
Norlela Johar

TIDAK SELAMANYA

TIDAK SELAMANYA
Tidak selamanya ku intip pelangi
biar percikan warnanya
terpecah seribu

HARGAINYA

Beras yang kami makan
Tidak terlalu mahal harganya
Asalkan dapat untuk mengalas perut
Dan kami masih dapat makan
Walau kami bukan petaninya
Kami masih dapat
Menikmati rasa nasi itu
Kerana kami bukan
Duduk di Negara
Yang kebuluran
Alhamdulillah rezeki allah
Aku duduk atas nama
Malaysia.
Norlela


Jangan kau halau mimpi yang datang bertamu kerna mungkin
Mimpi-mimpi itu bakal
Menjadi nyata
Dikala esuk harinya
Selamat malam

DUGAAN KECIL

Aku bolih pasang mentol yang rosak.
Aku bolih ganti kepala paip yang rosak.
Tapi aku sedih tak bolih buat
bebola tangki air atas bumbung rumah
kerana aku tiada kemahiran itu.
Itu buat aku amat terasa sedeh
wahlal itu dugaan yang paling kecil sekali.
Ya Allah kuatkan hatiku.
Aku bolih buat semuanya
walau tiada lelaki di sebelahku
Jika bolih tidak mau menyusahkan orang.
Alhamdullillah akhirnya
ada orang telah slesai buatkan
terima kasih Ya Allah


Apalagi nak kubicarakan tentang cinta...
kerna semuanya telah di bawa pergi
olih satu jasad
semoga aku akan dipertemukan
di sana nanti...........
Setelah kukejar bayangmu
yang semakin jauh
atau menjauh
hingga aku pun terguling
jatuh dari cerunan
sedangkan capaian itu
cuma kosong semata....
Akal ku sudah berkarat
Sejajar tua akan
membongkok jua
dan bahasa jiwa ku jua
hampir luput waktu
dengan kedut serata wajah
Nor

KEMATIAN

KEMATIAN
Siapa yang takutkan mati
Kematian itu pasti
Cuma kita tak tau bila
Tua atau muda
Maut pasti menjemput kita
Dan kematian adalah ingatan
Untuk hari esuk
Selagi bernafas
Selagi
Allah mengizinkan hayat
Semestinya ku ingat mati
Dan ku pinta matikan aku
Dalam iman
Nor

IMAH

IMAH
Kamu berikan dia peluang
kali ke dua
terimalah dia kembali
walau hati kamu sakit
atas kecurangannya
Mana tau dia
sudah kembali ke pangkal jalan
Aku tidak mau
kamu memikul gelaran janda
yang banyak likunya
Kamu bersabarlah
Hidup ini memang ada ujiannya Imah
lupakan sejarah lalu
kamu maafi dia
terima dia kembali
Bersatulah kembali
Aku ini sahabatmu
tidak mau melihat
keruntuhan itu
Dengarlah Sahabatku
Pintalah petunjuk darinya
Nor
BICARA
Bicaralah semaumu
Laongkn tangismu
Aku ini kan selalu mendengar
Pada puisi-puisi puitis
Satu persatu
Aku lahirkan
Jika tuhan mengurniai ilmu
Itu hadiah untuk kita
punyai bakat
tak perlu menipu
diri sendiri
Jika orang mengait benang
tuk dijadikan baju
Apakah semua orang
bisa mengaitnya
Juga tukang jahit
tidak mampu untuk menjahit baju
jika tiada apa asasnya
takkan menjadi
Allah mengurniai kita bakat
Tersendiri
Usahlah meraguinya
Jangan kita berburuk sangka
Pada kreatif fikiran
Seseorang mau pun
Rakan-rakan kita
Curahan idea
Itu dari Allah
Yang memberi
Keistimewaan
Seseorang
Fikir-fikirkan
LELA

CINTA TAK BERHARGA

Cinta tak berharga
Kelmarin ada se buah cinta
Tapi terputus di tengah jalan
Kau pilih dia
Aku di tinggalkan menjauh
Dan tahun ke tahun
Kuintai kebahagiaanmu
Dan kudengar berita
Kamu ditinggalkan
Terlantar
Kini
Akhirnya.
Tetapi aku tetap
Menjauh
Lela

MATA

MATA
Mata tidak melihat hati
Bolamata melihat tanpa jelas
Mengoyak rabakkan hati
Mentafsir tanpa benarnya
Lalu hati pun mati
Aku tidak mau ke sana
Tak ada kalah
Tak ada menang
Yang ada hati yang terluka
Kerana ada racun tercurah
Tapi sampai bila
Sejarah masih jadi ungkitan
Sampai hati bersih
Sampai kita mati
Sampai maaf
pun tak bisa
kita pohonkan
Alangkah ruginya
jika kita begitu
NORLELA

SENYUM



SENYUM
Senyum
Senyuman senyum
Semua orang bolih senyum
Senyum itu tak perlu modal
Senyum itu ikhlas
Dari hati
Dan senyum itu
Sedekah yang mudah
Jadi kenapa kita
Tak bolih senyum......
Semua pasti bolih senyumkan.

MATA

MATA
Mata tidak melihat hati
Bolamata melihat tanpa jelas
Mengoyak rabakkan hati
Mentafsir tanpa benarnya
Lalu hati pun mati
Aku tidak mau ke sana
Tak ada kalah
Tak ada menang
Yang ada hati yang terluka
Kerana ada racun tercurah
Tapi sampai bila
Sejarah masih jadi ungkitan
Sampai hati bersih
Sampai kita mati
Sampai maaf
pun tak bisa
kita pohonkan
Alangkah ruginya
jika kita begitu
NORLELA


MAWAR AKAN TETAP HARUM
BIAR PUN ADA TANGAN YANG
TERKENA DURINYA
KETIKA CUBA MEMETIK KUNTUMNYA
KEPEKATAN MALAM BERBICARA BISU
TETAP ADA PUNGGUK MERIDUI BULAN
TETAP ADA CERITA TENTANG BULAN 
TETAP ADA PUNGGUK YANG TERLUKA
KERANA BULAN HANYA MENYEPIKAN 
WAJAH NYA BERSAMA
KEPEKATAN WARNA MALAM

SAUDARA SEDARAH

Air di cincang takkan putus
Daging yang busuk di basuh di kincahpun
akan di makan jua
sepohon kelapa tak semuanya
elok 
akan adanya yang rosak
Dan janganlah sesukanya antara kamu
memutuskan silaturrahim
Antara ibu dan anak
antara
Saudara saudara mu
yang ada
dan ada yang tidak mengaku
adik beradik kerana keburukkannya
Seorang ibu blih melahirkan seberapa anak
Amat malanglah jika anak
tiada dapat membahagiakan ibu dan ayahnya
Pesan buat diri

PADAM

PADAM
Terpadamkah memori kamu
saat bergandingan tangan
semasa bermesra dengannya
Terpadamkah memorimu
semasa jari kamu
bersalut inai
Terpadamkah janji kamu
semasa melafas sumpah
setia ke mati
Mengapa tidak kamu
selami hatinya selamanya
mengapa kau ungkit ketidak sempurnaan itu
Kalau di fikirkan adakah jua
kamu sempurna begitu
Mengapa belum sekurun
hatimu bisa berubah rupa
Mengapa qada dan Qadar
dari ILLAHI
Tidak lagi kamu sedari
Sedih sedih sedih
Aku tangisi cerita ini
tanpa air mata lagi
Jangan kau padamkan
Segala yang kau dapati
Termaktub dalam sejarahmu

NOSTALGIA

Nostalgia
Cukup sudah cukup
Nostalgia kembali bertandang
Nostalgia zaman anak anak hingusan
Nostalgia kenakalan adik adikku
Memori alam persekolahan
serba kekurangan
Nostalgia itu tak akan
pernah terpadam
Nostalgia ku berhijrah
meninggalkan kampung halaman
memori duduk beramai ramai
ada pelbagai kerenahnya
Nostalgia jodoh pertemuan
Nortalgia perpisahan
Yang teramat memorinya
Tetap tidak mampu
Ku elakkan
Biarpun ia Nostalgia
Ia tetap memori
Yang tidak mampu
Untuk ku padamkan
Nor 31 03 2015

KENANGAN TERPAHAT JUA

KENANGAN TERPAHAT JUA
Mengingati hari kelmarin
Bukan bererti aku
tidak dapat melangkah kehadapan
Apabila berjalan aku tetap
menoleh kebelakang
Bukan kerana aku
lupa jalan pulang
Bahkan aku asyik
memahat semalam yang indah
Kerana esuk tetap datang
pelbagai acuan cabaran
pasti mendatang jua
Kerana aku adalah
Kenangan
Nor 1 April 2015

PUISI PUISI

PUISI PUISI
Amat indah untuk menatapinya
Puisi puisi serata
dari kawan maupun luaran
Aku kaguminya
Setiap ayat yang tersusun
Setiap bait yang terlahir
Puisi Puisi
Aku lihat bagai
kuntuman bunga yang harum
Yang mampu ku hayati
Dan ku hargai jua
Askara askara dari
teman teman
tak kira siapa
Yang gah ternama
Maupun yang secuma aku ini
Yang menulis dari
lorong sepi
Puisi dan askaramu
tetap kuhargai
LELA
April 2015

PUISI UNTUK SASHA

Untuk Shasha
Tahniah kerana dapat masuk ke Tingkatan Enam
Teruskan usaha hingga jaya
Jangan lemahkan semangat yang sedia ada
Perjalanan kamu masih panjang
Hidup ini tidak semanis
Yang kamu sangkakan
Akan ada jalan berliku yang
akan kamu lalui
Hanya bekalan ilmu
Rohani dan jasmani
Serta ilmu segulung Ijazah
yang kamu harus hadiahkan
buat abah dan ibumu
begitu juga harapan
dari Mak Long
Cinta itu masih jauh lagi
Yang perlu ialah
Perjuangan belajar
Ingatlah pesanan ikhlas ini
Sayang
Mak Long Norlela
Tiada mampu untuk ku coritkan
Untuk esuk berbilang hari
adanya semalam hanya mimpi
memoriku yang kian basi
moga esuk esuk dan esuk
ada bunga dan matahari
menyinari
mewangi lagi.
Lirik Lagu Di Balik Cermin Mimpi- M Nasir
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

PERHENTIAN

PERHENTIAN
Aku berhenti di sini
Lesu meneruskkan langkah
celaru 
haru
beku
Hai jiwa
Berikan ku waktu
untuk bicara
esuk
lusa
mungkin tulat
meneruskkan bicaraku
Yang tertunda Norlela


Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
KEMBOJA PUTIH MEKAR
JATUH BERGUGURAN
MASIH MEKAR MENGHIASI
TAMAN PUSARA
Apa lagi nak bicara
Setelah rindu kian pergi
Hanya doa-doa yang kutitip
Buat dia di pusara abadi.................

KESILAPAN

KESILAPAN
Silapku kah mengutus kata
tanpa salam rindu
Silapku kah mengirim Foto
Tanpa bingkai berukir indah
Silapkukah menasihati
Pada orang yang bijak pandai
Silapkukah jika meniti
titian yang lurus memanjang
Silapkukah
Mengirim Ros sekadar
Rupa
Salahkah
Silapkah
Salahkah aku
Kerana puisiku
Sudah hilang nyawanya
Silapkah aku
Silapkah????
Aku yang terkecewa
ILLANOOR JB

CINTA

CINTA
Aku sudah tinggalkan cinta
Yang pergi
Aku sudah lupakan
Nyanyian semalam
Aku harus mengikut tari
kehadapan
Biar pun rentaknya
Tanpa irama
Kerana mungkin
Aku sudah luput
Dari cerita semalam
Lagu ku tiada
liriknya
LELA Mei 2015

LANGKAH KAKI

LANGKAH KAKI
Menyelusuri sepanjang pantai
Mengikuti haluan langkahan kaki
Biar pun lesu
Tidak berpalingkah lagi
Teruskan langkahan kakimu
Biarpun tapak berbekas
Namun ombak pantai
memadam pasir
berubah rupa
LELA
MEI 2014

PIMPIN

PIMPIN
Tangan itu telah ku pimpin
Dari kecil hingga kau remaja
Dari bertatih hingga kau berkejaran
Tetap Ibu pimpin hingga kini
Kerna kau adalah permata
Dari Ilahi
Tiada gambaran dapat kuberikan
Curahan kasih sayang
Harta yang tiada
Sebagai hadiah
Kamu tetap kubimbing
Dan Ibu pimpin
Sehingga Ibu menutup mata
Dengan doa kamu berjaya
Permata Nilamku
LELA 28 Mei 2015
JB


Untuk apa melukai hati sesiapa
tanpa ada faedahnya
Untuk apa mencerca sesiapa
Akan dapat pahalanya
Aku sudah mati
Tak perlu di tikam lagi
Yang perlu adalah
Hati yang kalau bolih
Seputih kapas
Bukan yang hitam
Mencelarukan
Menidakkan
Menyingkap tabir kehidupan
sesiapa
itu tidak perlu

BUKANNAMA YANG KU CARI

Bukan Nama Yang Ku Cari
Aku bukan remaja
kali ke dua
yang bolih melakarkan semanis cinta
aku bukan pertualang cinta
Aku tidak bolih menipu
diri sendiri
dengan jiwaku
Waktu telah lama berlalu
Aku sudah lahirkan
sejak dulu lagi
bukan baru nak bermula
Aku juga sudah hilang
semuanya
Untuk apa ku coritkan
kembali cinta semalam
yang menitiskan air mata
Yang ku corit
Hanya diriku bukan
sesiapa
apalagi mencari nama
Kerna semuanya sudah terlambat
bagiku
Puisi yg hilang nyawanya
LELA JUN 2015

KENANGANKU

Hari ini dan Semalam
Ada rindu yang terpalit
Pada titian zaman
tetap ada rindunya
Biar pun berkubur
Di telan waktu
Ilanoor Jun 2014

JEMARI

Jemari jemari sudah meniti
titian titian nurani
biar sepi 
tatapi
tetap ku tatapi
hati nurani
jiwa nurani

SENYUM

Senyum 
jadian ia sebagai satu tugas 
walau dalam apa sekalipun
payahke , susahke
tetap aku aku jadikan
wadahku
sebab senyum itu
tersangat mudah
biar pun jika ada air mata
sesiapa pun tak dapat
melihatinya
kerana senyuman
itu adalah pelita hatiku.

SENYUM YANG HILANG



SENYUM YANG HILANG
Ku cari senyuman itu
Senyuman yang yang telah lama
menghilang
Cuma sesekali datang
dalam mimpi
dalam kabus
dalam kenangan abadi.


MEMORI
Ku simpankan segala memori
Dalam lipatan umurku
Dari anak-anak ke renta
Tiap memori itu
ada harganya
biarpun duka
yang indah
inginku untaikan menjadi
seutas kalungan mutiara
kerna memoriku
adalah aku
yang memahaminya
tiada sesiapa
tiada sesiapa
akan memahami
memori
sesiapa
LELA
25 Julai 2015

MEMORI



MEMORI
Ku simpankan segala memori
Dalam lipatan umurku
Dari anak-anak ke renta
Tiap memori itu
ada harganya
biarpun duka
yang indah
inginku untaikan menjadi
seutas kalungan mutiara
kerna memoriku
adalah aku
yang memahaminya
tiada sesiapa
tiada sesiapa
akan memahami
memori
sesiapa
LELA
25 Julai 2015

BILA RINDU BERTAMU



BILA RINDU DATANG BERTAMU
Tidak dapat ku kuis
Bila rindu itu
datang bertamu
di kelopak mata
dalam kotak fikiran
Sudah lama kutepiskan
Tapi kerap bertandang
Dan aku tak mampu
menahan
air mata yang gugur
satu persatu
kerna rindu pasti bertamu
di hati
selagi hayatku
rindu itu tidak pernah
akan mati
Dan malam ini
Rindu itu bertamu kembali
hanya air mata
yang menyambut rindu itu
LELA


Pada setiap lautan
ada ombaknya
dan laut berkocak
melambung ombak
pasir di pantai
telah berubah arahnya
berselerakkan.

PUTARAN RODA



Ada waktunya kita berada teratas dan adakalanya terjatuh ke bawahan.
Roda berputar mengikut tarinya
namun apakah kesudahannya
tidak kita ketahui lagi.

AKU HANYA PEMERHATI



Dunia Politik
tiada daya untuk bicara
hanya ku lihat apa
dan ku mahukan
kesejahteraan semua
tanpa sakit untukmakan
tanpa darah yang mengalir
tanpa keporakperandaan
aku hanya orang kecil
yang jadi pemerhati
tiada kuasa untuk
membentak
tiada kuasa untuk membuahkan apa
harapan untuk esuk
akan ada perubahan
akan ada kemajuan
walau aku agak kecewa
TPM itu di gugurkan.
LELA

Sunday, 22 February 2015

ROBONGAN KELUARGA KE PANTAI TIMUR

Rabu 18.2.2014-21.2. 2014

Kami pergi ke PANTAI TIMUR.
Wah bestnya jalan bersama adik beradik dan saudara semua.
Thaks for my brother to suffort them.














RAWAN

Pergilah rawan
Jangan menjengahku lagi
Datanglah
Senyuman senyuman
Bukan duka
Bukan Nista
Bukan dusta
Bukan kebencian

Datang kepadaku
Ceria gembira
Dari teman
Dari sahabat
Dalam kehidupanku

Ami ya Allah
Ku bersyukur kepadamu
Aku hambamu
Cuma insan kerdil
Yang tiada sempurna

LELA
2.11.2014
SEJENAK

Cuba kau fikirkan betapa
Ruginya kita jika kita tidak berbuat
sesuatu yang terbaik
Hari ini kau kata hijrah
Tapi esuknya ku lihat
Kau berbalik seperti
Yang dulu juga
Macamana mau mengubahnya
Cuma berkata
Tanpa kau merubahnya
Sampai bila
Itukan Hipokrit namanya
Atau Egois

2.2.2014

KOPINYA PAHIT


Bosan dengan caranya

Kopi pahit aromanya

Tanpa sesudu gula
Bosan ke anjungmu

Tanpa sambut tetamu

Pilih-pilih bulu

Hina menghina

Kecil tak ternilai di mata

Buatlah apa kau mau

Aku tak rugi apa

dan kau terusan riak membongkak

Carilah namamu

Gah Se Dunia

Aku tak rasa apa

Kerna aku memang

kecil dari dulu

Sekecil sampah

yang kau pijak

melata


ILLANOR
BIARLAH

Tundukkan mata ke bumi
Biar terima segala
Sangkaan dari sesiapa
Buruk atau baik
Asalkan nawaituku
Ikhlas hati
Biar
Biarlah
Segalanya ku terima
Dengan Redha

ILLANOR

Tuesday, 17 February 2015

KETIKA SELISIHAN

Lewat waktu berlalu
Kita bertemu secara
Berselisehan
Berpapasan
Cuma mataku
Kan menunduk
Sedangkan kamu
Mencuri pandang

Kamu itu selalu
Datang di daerah mimpi
Sedangkan kita
Tak pernah menyapa
Cuma senyum sesekali
Kerna ku tahu
Aku ini siapa
Dan kau adalah enggang
Yang tinggi terbangnya
Apalagi untuk ku gapai
Tanpa dayaku

ILLANOR

21.2.2014
PENJURU

Tika detik beringsut pergi
Aku masih bisu
Di  penjuru waktu
Bersama   senyuman
Yang kian pudar
Menghela nasib
Esuk lusa
Agar teruslah cerah
Agar senyuman ini
Bisa mewarnai
Duniaku
Dan
Waktuku

ILLANOR
BUAT DIA YANG INGIN KU JADIKAN TEMAN

Kaca yang tertusuk
sudah kucabut
namun parutnya tetap ada

Aku berlagu di dalam sendu
Tak ada siapa ambil tahu
Kini aku mula melangkah goyah
Mengutip perca perca  ria
Mengutip bunga bunga
Yang bertaburan
Mencuba lembaran baru
Menyimpan tanpa berani
meluahkan
Entah dia tahu
Atau tidak kisah
Siapa aku

Namaku pun dia tidak tahu

ILLANOR
MEI 2014
WAKTU TERSISAKU

Ku carik kain
Jaraskan tampalan
Selagi bolih ku pakai
Batik lusuh
Tetap tersalut di tubuhku
Ku tak mampu
Mendakap bintang
Cukup saja
Merenung bulan
Cahaya indah menyinar terang
Itu cukup buatku bahagia
Selagi ada hayatku
Diizin senafas bernafas
Tidak mungkin kulupai
Asal usulku
Fitrahku
Sujudku

Perlukah ku khabarkan
Dalam Puisiku ini
ILLANOR
HILANG

Ke mana perginya
notaku
Kemana perginya
penaku
Tanpa dakwat
Untuk ku coretkan
Bicara-bicara bosanku
Mungkin esok lusa
Ketukkan  ketukkan
Jejari bisa lagi
Mengejar mimpi
Sedangkan aku
lelah mencari
Realiti

ILLANOR
29.11.2014

TIRAI MALAM

Malam yang berlalu
Sedangkan mata tanpa lelap
tika malam kian pergi
aku tak bisa pejamkan mata
datang dan pergi
memori hati

Walau sejenak
Ku kuatkan hati
Tuk memadamkan
Tirai kenagan
Yang dah lama pergi

Umtuk apa
Ku layankan
Hanya robikkan hati
Yang pergi tak mungkin
Kembali lagi

ILLANOR
25 december 2014
BIARKAN

Biarkan embun bicara
Biarkan matahari terbakar
Biarkan salji mencair
Biarkan pelangi tetap di situ
Bisakah demikian
Mampukah bila
alam berbicara
Biarkan
Bulan bercahaya
Biarkan aku bertemu bintang
Yang mungkin gugur
Satu persatu
Atau aku hanya menjerit
Pada bukit yang tinggi
Atau aku yang jatuh
Dari gunung yang tinggi itu

ILLANOR
2014
CERITA

Rinduku pada dia
Yang telah pergi
Teramat-amat
tanpa perlu kuceritakan lagi
Siapa sudi mendengar
Cerita lara yang telah berlalu
Pergi
Ingin saja ku melupainya
Tapi tetap berkunjung datang
Walau ku halau pergi
Dari benak fikirku
Kerna dia tetap
Muncul jua
Dalam rinduku

Hanya pada sujud terakhirku
Ku mohon pada Ilahi
Tempatkan dirimu
Di alam saya
Dalam keimanan
dan Kerahmatan

Illanoor 2014























APA NAK DIKATA
Lalang yang tumbuh
di celahan padi memang 
patut dicantas
Ayam Serama mana mungkin
tarafnya Ayam Jaguh
Hitamnya si Gagak manakan sama
Putihnya Merpati
Sekuman ilmu
nak menyaingi
segulung izazah
mana mungkin
Rumput yang melata
cuma diinjak
sedang mata semua
mendongak ke langit
Namun allah memberikan jua
kudratku
Ilhamku
ya bukan semua orang
bolih berlagu

NORLELA JOHAR
27092014 JB

Puisi-puisiku

Aku minat puisi dari remaja lagi.Apalagi aku memang aliran Sastera semasa menengah 4 dan 5. Jadi aku selalu hantar coritan dan sajak di radio waktu itu . Tapi bila dah kerja dan dah kahwin aku jadi
sebok takde masa nak menulis.Sejak kematian almarhum suami aku mulai menulis kembali, Itu pun sajak-sajak sedihku . Aku kumpul dalam dairi .Hinggalah aku join fb dab gruf puisi aku aktif kembali
menulis puisi. Puisiku kebanyakkannya dari hati yang lara. Aku menulis dalam duka yang kutumpahkannya di atas kertas.